Want your
own Fotopage?




























 
....Aku, Dulu...Kini... dan Selamanya....

By: Ezzac DeTenet

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 13-Sep-2007 00:46 Email | Share | Bookmark
Marhaban Yaa Ramadhan (13 Sept 2007 @ 1 Ramadhan 1428H)

...aku suka pic nih...so, tahun nih aku upload lagi pic nih..;P
Selamat Menyambut Ramadhan

Petikan dibawah aku ambil dari email yg dikirimkan oleh seorang sahabat aku yg kini berada di Sudan... kesian nyerrrr... camner agak nyer puasa dia kat sana ekkkk... Untuk sahabat ku Surina tabahkan lah hati ekkk...dan dengan ucapan "Tak Balik Raya kerrr...???" ... (jahat nyer akuuu... ) ...takpe laaaa...jangan sedih2...nanti aku kirimkan ketupat melalui FP nih ekkk...so, jenguk2 ler selalu FP aku nih...
Dan untuk semua member2 FP...mommies & babies FP dan sesiapa jer yg menjenguk kat sini aku ucapkan SELAMAT BERPUASA ....


...Selamat Jalan Romeo...



Code:
Untuk Dikongsi Bersama...


Selamat Berpuasa

Ramadhan kini menjelang Dan persiapan hendaklah diadakan dengan memahami cara beramal di bulan Ramadhan mengikut sunnah Dan jangan menjalani ibadah Ramadhan mengikut adat kerana Rasullah pernah bersabda didalam hadisnya :

"Barang siapa menghidupkan sunnahKu ketika rosak umat-Ku maka baginya mendapat pahala seratus syahid. Oleh itu berhati-hatilah melakukan amal supaya mempunyai nilai yang tinggi Dan mendapat kesan yang baik disepanjang bulan Ramadhan Dan dibawah ini dicatatkan amalan-amalan mengikut sunnah."



CHECK LIST AMALAN DI BULAN RAMADHAN

1. Mengucapkan tahniah (Selamat datang Ramadhan atau Selamat menyambut Ramadhan.

2. Niat sebulan bagi malam yang pertama Dan selanjutnya niat untuk Hari-Hari.

3. Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/surau.

4. Solat Tarawikh 20 rakaat.

5. Tadarus membaca bersemak Dan berturut-turut juzuk.

6. Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.

7. Bangun jam 4.00 pagi Dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat Dan Solat Hajat)

8. Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.

9. Jam 5.00 pagi/5.15 pagi makan sahur.

10.Jangan tidur sesudah sahur.

11.Solat Subuh berjemaah di Masjid.

12.Tadarus pendek.

13.Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.

14.Menjalankan kerja harian Dan menjaga pancaindera.

15.Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.

16.Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar 7 kali Dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.

17.Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga satu jam diwaktu sahur)

18.Solat Zuhur berjemaah.

19.Tadarus pendek.

20.Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.

21.Solat Asar berjemaah di Masjid.

22.Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.

23. Berbuka dengan Ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.

24.Segera Solat Maghrib di Masjid.

25.Makan malam bersama keluarga.

26.Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak Dan Tarawikh secara berjemaah.



KELEBIHAN-KELEBIHAN YANG LAIN

1. Menghadiri majlis ilmu setiap langkah di beri pahala ibadah sunah setahun.

2. Mengekali berjemaah diberi balasan dengan disediakan sebuah Bandar khas di Syurga.

3. Membuat hubungan baik kepda kedua ibu bapa, Allah pandang dengan penuh kasih sayang.

4. Isteri taat kepada suami diberi pahala seperti pahala Asiah Dan Mariam.

5. Sesiapa yang menyampaikan hajat saudaranya disampaikan 1000 hajatnya di akhirat.


Mengurangkan berat badan di dalam menjalani ibadah Ramadhan

1. Sebelum puasa timbang badan

2. Kawal berbuka puasa

3. Pastikan semakin lama menunaikan ibadah puasa akan semakin kurang berat badan

4. Elakan daripada makan berlebihan



RANCANG PENINGKATAN IBADAH RAMADHAN

1. Sepuluh Hari yang pertama adakan muhasabah amalan.

2. Sepuluh Hari yang kedua, pastikan keimanan bertambah kuat Dan selaraskan dengan sempena Nuzul Quran.

3. Sepuluh Hari yang ketiga kuatkan azam untuk beramal di malam Al Qadr :

I. Dengan melakukan Solat Maghrib,Isyak Dan Tarawikh berjemaah.

Ii. Atau ditambah dengan Solat Subuh berjemaah

Iii. Duduk dengan air sembahyang Dan baca Al-Quran, Ayat Kursi, Surah Al Baqarah terakhir (Amanarrasul) , Surah Az-zalzalah, Suraah Al Kafirun, Surah al Ikhlas Dan Surah Yasin.

Iv. Bagi kaum ibu yang uzur, baca zikir.

V. Bangun pukul 1.00 pagi tunaikan Solat Sunat Wuduk, Solat Hajat, Solat Tasbih, Solat Taubat, Solat Istikarah.

Vi. Jika sedang beramal, badan terasa sejuk Dan terharu maka inilah tanda-tanda mendapat Lailatul Qadar.



SELAMAT TINGGAL RAMADHAN

I. Pastikan Tarawikh terakhir

Ii. Ucapkan Selamat Tinggal Ramadhan dengan penuh terharu Dan berdoa semoga dipertemukan sekali lagi dengan Ramadhan yang akan datang.



Quote:
BISMILLA-HIRRAHMA-NIRRAHIYM
--------------------------------------------------------------------------------

If there is a day, There Must Be a night
If there is a black, there must be a white
If there is a mistakes, there must be forgiveness


Mata kadang salah melihat....
Mulut kadang salah mengucap....
Hati kadang salah menduga.....
Maafkan segala kekhilafan yang pasti ada....

===== Mohon Maaf Lahir dan Bathin ======
--------------------------------------------------------------------------------



MARHABAN YAA RAMADHAN

Assalaamu'alaikum wr.wb..

Marhaban ya Ramadhan, Bulan dimana nafas kita menjadi tasbih, tidur kita menjadi ibadah, amal kita diterima dan do'a kita di ijabah, Sungguh cantik kain plekat, dipakai orang pergi ke pekan.
Puasa Ramadhan semakin dekat, silap dan salah mohon dimaafkan Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami, harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang e-mail ini. Sebelum cahaya surga padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
kami sekeluarga mohon maaf lahir dan bathin.... Taqqobalahu Minna Waminkum, Taqoballahu Ya Karim,

Marhaban Ya Ramadhan

Allaahumma baariklanaa fi Sya'ban wa ballighnaa Ramadhan
Ya Rabb, berkahi kami pada bulan Sya'ban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan,
Aminn.

" Do'a Malaikat Zibril Menjelang Ramadhan "
"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapat kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jum'at .


SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA 1428H


SEMOGA KITA DAPAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN OPTIMAL, AAMIN.


Wassalamu'alaikum Wr Wb,



Selamat Berpuasa iena sekeluarga!Semoga ibadah kita sentiasa mendapat keberkatanNya... Thu 13-Sep-2007 02:02
Posted by:kent
Terima kasih..info yang sangat berguna..
Selamat menjalani ibadah puasa....dengan penuh kesabaran.

Dari AFIQ & co.
Thu 13-Sep-2007 02:13
Posted by:Ibu Afiq ila_2611@yahoo.com  - [Link]
Selamat berpuasa to Iena and famili... BTW Sofea and Ilham puasa ker? hehehhe Thu 13-Sep-2007 02:50
Posted by:Mama Danish Faixaal  - [Link]
Selamat berpuasa juga... Thu 13-Sep-2007 04:33
Posted by:~Mama Asha:Fiedah~ missfiedah@yahoo.co.uk  - [Link]
selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat menjalani ibadat puasa to iena & sekeluarga Thu 13-Sep-2007 05:22
Posted by:effa-ibu balqis- effara@digi.com.my  - [Link]
selamat berpuasa Fri 14-Sep-2007 06:15
Posted by:ibu akma & sofea  - [Link]
salam ramadhan from fenriz & co... jauh mana pun jarak kita, lama mana pun kita tak jumpa... kita tetap pandang anak bulan yg sama... smoga ramadhan kali ini memberi lebih keberkatan dan lebih bermakna. insya Allah! *muahz muahz muahz* Sat 15-Sep-2007 06:15
Posted by:$weE+ 666 sweetsixsixsix_666@yahoo.com  - [Link]
>> salam ramadan...
>> moga kehadiran ramadan ini akan meningkatkan lagi ketaqwaan kita kepadaNya...
Mon 17-Sep-2007 13:37
Posted by:<< jeff >>  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.